Home » Blog » Resepi Pulut Mangga Harumanis

Resepi Pulut Mangga Harumanis

Home » Blog » Resepi Pulut Mangga Harumanis

Pengenalan

Mangga harumanis Perlis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja tetapi tersangat ‘ENAK’ jika dimakan dengan pulut lemak harumanis. Berikut pihak kami sediakan resepi pulut mangga harumanis untuk anda cuba. Resepi ini sangat ringkas dan mudah. Anda mesti cuba! Senarai bahan yang diperlukan adalah 1 kg beras pulut, 250 g santan, garam secukup rasa, beberapa helai daun pandan dan mangga harumanis yang masak.

Cara penyediaan

  1. Sediakan pengukus
  2. Toskan beras pulut yang direndam dan masukkan ke dalam pengukus. Ikat daun pandan dan masukkan bersama–sama beras pulut ke dalam pengukus.
  3. Kukuskan selama 30 mini atau sehingga pulut masak.
  4. Sementara menunggu beras pulut masak, didihkan santan pekat bersama 500 ml air dan garam secukup rasa.
  5. Angkat pulut yang telah masak, gaul hingga sebati bersama santan dan hidangkan bersama hirisan mangga harumanis.
  6. SELESAI

Mudah bukan!! Selamat mencuba.

LAWAT dan LIKE kami di Facebook

pulut-santan-harummanis-perlis